Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

cikgu kamal mengajar ikatan (basic)

kelewatan menulis di dalam blog ini adalah kerana disebabkan saya iaitu hussien telah menuntut ilmu ikatan dengan cikgu kamal. kemahiran ikatan yang sangat hebat ini bukan calang-calang orang boleh belajar..hanya orang yang sanggup menahan makian saje yang mampu menghadapinya..saya telah pun tamat peringkat 1 iaitu telah menghafal 10 ikatan yang terulung di dunia... ilmu ini telah saya kuasai hanya dengan belajar selama 7200 saat bersamaan dengan 120 minit..atau lebih tepat 2 jam sahaja...10 jenis ikatan ini telah pon saya kuasai dan telah pon mempraktik kan di perkhemahan dan dalam sambutan hari jadi kawan-kawan...terima kasih cikgu..
guru saya telah berpesan kpd  saya supaya turunkan lah ilmu ini selagi kamu mampu berkongsi...janganlah kamu kedekut kerana ALLAH S.W.T itu tidak suka kpd orang yg kedekut...ini adalah 10 ikatan yang telah pon saya kuasai...

 BUKU SILA  ( Square / Reef Knot )
Kegunaan Ikatan ni

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz
nBiasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka
Dikenali juga sebagai ‘left over right and right over left’.

IKATAN SIMPUL MANOK (clove hitch)
kegunaan ikatan ini
ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permualaan iakatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

IKATAN PENGAIL (fishermen's knot)
kegunaan ikatan ini
simpulan pengail digunakn untuk menyambung dua utas tali yang licin atu menyambung tali pada mata kail.jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana gegelong yang dibuat tidak mudah tergelongsor.

rasenye kalau aku buat 10 ikatan....mungkin jenuh nak tgk kan...
so dipendekkan cerita... nih jer sinopsis yang mampu aku  buat untuk semua




No comments: